Ads

Ads

Sunday, December 29, 2013

2013-in Memory

Sepanjang 2013 nie, macam-macam aku lalui.Ada gembira.Ada sedih.Ada sweet.Ada pahit.Ada bahagia.Ada kecewa.Ada cinta?..ohh..tu takde..tu tajuk lagu.Haha..

Apapun aku belajar banyak benda sepanjang tahun 2013 nie.Pelajaran dan pengajaran yang amat berguna sama ada secara langsung atau tak langsung.

Dan kalau aku nak compare tahun 2013 dengan tahun 2012, aku rasa 2013 adalah lebih baik dari beberapa sudut.Cuma ada sikit sway di penghujung 2013 yang menyebabkan hidup aku agak kelam-kabut sejak kebelakangan ni.

I think 2013 is a bad year to talk about love.Cinta yang putus di tengah jalan tu aku tak boleh berbuat apa-apa.Menyesal, lega, marah, kesian..ah..entahlah..bercampur-baur.
From that, I learnt a lot.

Azam?Takde beza kot dengan tahun lepas.New year, just same goal.Cuma this year, I've to put more effort on my study.

Overall untuk tahun 2013 nie, aku bagi 3 bintang *pengaruh Maharaja Lawak..hehe*.

P/s:Dan kedatangan 2014 nie sedikit tidak menggembirakan aku because holy shit..I 'm getting older!!!..turning 22 already.
Dear time, please stop.Let me stay sweet 21 forever.

Thursday, December 26, 2013

A Late Night Learning

Hmmm..da dua jam aku baring but still tak boleh tido.Sleeping cycle gua dah tak betul agaknya.And tulah sebabnya kot  susah nak tido awal sekarang ni.

Anyway tadi waktu aku selongkar balik folder-folder kat laptop aku nie, tetiba aku terjumpa video ceramah Ustaz Asri dalam laptop aku nie.Aku sendiri pon tak ingat bila aku download video nie.
Even though I'm not good enough about all these stuffs, but when I watch it back..seriously it touches me deep inside and it makes me realises something I did't before..





Monday, December 23, 2013

Our Story-The End..











Because I care too much..it  was me who hurt the most before.

It's not the choice that I regretted, it's the journey.

 The memories you left..they are meaningful to me.
The first time we met,the first day we date,the first smile you gave,
and the day you left,
all of them are the memories that I never forget.

I can't afford you money.I can't afford you expensive watch.
I afford nothing except the flowers and that stupid couple ring.
But I hope you still keep it.

I may not be a good boyfriend to you.
A boy friend to make your happy enough.
A boyfriend to make you smile always.But, I've tried my best in every way possible.
No matter how much I mean to you,
you're the sweetest rose and the best girlfriend I've ever had.

It's not I forget you that I can't accept you.
But it is fear.
Fear to get crushed for the second time.
Because I know when it is happen,
it will be painful,
much painful than before.

Good bye dear.Wish you the best for your life!




Friday, December 20, 2013

The Morning Talk

Pagi tadi,sedang aku sarapan dekat kedai mamak dengan membe aku,tiba-tiba datang seorang uncle india mintak tolong pimpin tangannya untuk melangkah bendul dekat sebelah meja aku.Taklah tinggi sangat.Tetapi dengan keadaannya yang bertongkat tu, mungkin agak susah bagi dia.So aku pon tolonglah sebab kesian tengok uncle tu yang terpaksa bertongkat untuk berjalan.

Dia mengucapkan terima kasih sambil menceritakan tentang penyakit yang sedang dialaminya.Strok katanya.

Dalam berbual tu, dia pon menanyakanla tentang kami berdua.Aku pun bagitau la yang kitorang berdua student.Dan dalam berbual-bual tu, dia sempat memberi nasihat yang agak menyedarkan akula.

"Jangan membazirkan peluang yang you ada.Tak semua orang dapat continue study dekat universiti macam you all berdua.Setiap apa yang you buat, the first thing yang you mesti ingat parent you.Uncle sebagai parent, uncle tau susah sangat nak cari wang ni.Tapi setiap kali anak-anak  uncle yang tengah study call minta wang,uncle akan cuba sedaya-upaya untuk bagi.Walaupun waktu tu uncle takde duit,uncle cuba bagi jugak walaupun separuh.Tak nak nanti jadi sebab diorang tak boleh belajar.
You study,study betul-betul.You ingat pengorbanan parent you sampai you dapat belajar ke tahap sekarang.Apa yang you buat sekarang ialah study.Jangan buat benda lain.Girlfriend belakang cerita.Seronok belakang cerita.Enjoy belakang cerita.Itu semua datang sendiri bila you dah ada kerja.Ada kerjaya.
Jangan sampai nanti you keluar, dah graduate, you menyesal sebab susah mau dapat kerja.Result tak bagus.
You orang muda.Long journey to go.God gave you brain.So make use of it.Think.

Uncle bagi tau sebab uncle ada anak.Uncle tau macam mana perasaan sebagai parent mau tengok anak-anak berjaya.Kami tak kisah berkorban untuk anak-anak asal anak berjaya.
Tapi, bila uncle tengok ada anak-anak yang sia-siakan peluang belajar,uncle rasa sedih.Bukan apa,diorang tak fikir betapa susah parent diorang cari wang supaya diorang dapat belajar dengan senang.Uncle tak kata kalau anak-anak orang kaya.Diorang dapat result tak bagus pon tak apa.Sebab diorang mungkin ada aset,ada business yang diorang boleh buat.Tapi bila yang buat tu anak-anak orang biasa, memang sedih.Kesian dekat parent yang bersusah-payah tapi anak-anak tak fikir.You student,you belajar betul-betul.You struggle sekarang tak apa.Berkorban dua tiga tahun for next 40,50 years.Nanti, you dah tua you tak menyesal dengan hidup you sendiri. Make your parent proud of you."

Macam tula lebih kurang nasihat dia.Ikutkan panjang lagi nasihatnya tapi aku tak berapa ingat plus malas nak tulis panjang-panjang.But, bila difikir-fikirkan balik, memang ada la nasihat dia tuh yang terkena batang hidung aku.
Anyway thanks for da advice!

Thursday, December 19, 2013

Terima Kasih

Agak suka aku dengan lagu band Iamneeta ni..So I'm gonna share with you their official video of "Terima Kasih" song.
Enjoy!


Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga

Monday, December 16, 2013

Enough is enough bad luck...

Ketika aku mengharapkan takde lagi malang yang bertandang, hari ni ntah macam mana gua keciciran duit.Walaupun jumlahnya tak banyak mana, tapi dah cukup untuk menambahkan lagi series of unfortunate events aku tahun nie.
Seriously, I'm fucking stress with all these things.

Sway?Ntahlah.Tapi aku rasa macam takut pulak nak lalui hari-hari yang mendatang nie.Macam tak berkesudahan.Lepas selesai satu masalah datang plak masalah  lain.
Nak mandi bunga?Damn..khurafat.



P/s:2014..hope no more bad luck..bad love..n all other bad stuff.

Monday, December 9, 2013

The Costly Bad Luck



Aku tak tau kenapa.Tapi lately bermacam-macam masalah melanda dan beberapanya melibatkan kewangan.Agak stress bila hujung-hujung sem macam nie  "dihadiahkan" masalah-masalah macam nie.

Dan hari ni tak semena-mena, tengah lepak-lepak tetiba aku didatangkan dengan sepucuk surat cinta.

Jabatan Pengangkutan Jalan.Begitulah nama si pengirim.Aku pon bukaklah dengan curious dan....so sweet..dalam surat tu disertakan sekeping gambar.Gambar apa?Gambar aku yang sedang menunggang motosikal tak pakai helmet.Dan dalam surat aku dikehendaki membayar RM300 sebagai denda atas kesalahan tak pakai helmet tu.

Bullshit.Tak sampai dua minggu aku baru  keluar RM300 untuk repair moto eksiden, hari ni dapat saman pulak.Dan pada saat aku menulis entri, aku sedang memikirkan dan berkira-kira masalah apa pulak yang on the way.Kepada JPJ yang berdedikasi, congrates for your good job and make your brother's life here difficult.

P/s:Dengar2 2014 akan ada kenaikan tol..hmmm..terima kasih..SATU MALAYSIA.




Saturday, December 7, 2013

What the fuck say..correction..fox say..

To listen to this song for the first time, yess...I thought "WHAT THE FUCK SAY?"
Actually not and it is "what does the fox say?..then what the fuck this song is about.. the fox?So I kept listening and seriously man.I could'nt stop laughing and screaming along.It's fucking cool and kill all my bad mood.



Monday, December 2, 2013

The Faith


Does true love really exist?I don't know..but all of these pictures caught my heart..and at least it gave me faith that love sometimes last forever :)
















Friday, November 29, 2013

Praan/Stream of Life

Hari ni genapla seminggu aku accident.Hmm..bunyinya macam dasyat,tapi takla teruk sangat pon.Kalau teruk takdenye aku sempat nak mengupdate blog ni.Cuma, adalah terkoyak sikit dekat lengan tu but not too bad la for a tough man like me..haha.

Hari nie aku nak share satu lagu yang amat asing but awesome.The title is "Praan".It is quite harmony but to tell which country this song come from ..it may discourage you in some way..but who cares?I love it..ENJOYYY!!




Sekali Lagi-What's wrong guys?

Tak lama dulu seingat aku, aku ada tulis satu entry pasal Bobo.Tup2, tak lama lepas tu keluar pulak satu video couple seminggu.Adoi,aku pon tak tau la nak cakap mana.I dunno why but something crazy is going on.

Aku faham dalam percintaan ni, element "surprise" tu tak dinafikan dapat menguatkan perasaan dan hubungan percintaan.Jadi, aku juga teramatlah faham maksud yang ingin disampaikan bila aku tengok video couple seminggu yang tengah hangat dan trending pada saat aku menulis entry nie.
Mungkin niat si minah nie nak buat surprise dan sweet utnuk pak wenya.
Atau mungkin juga si minah ni terlalu teruja pertama kali bercinta mungkin sampai nak beritahu satu dunia.
Itu aku tak pasti.
Tapi yang aku pasti minah nie dah tersalah platform.Video yang sepatutnya "sweet" tu akhirnya menjadi bahan jenaka dan kutukan pengguna-pengguna internet yang budiman .Sebabnya, yalah, be rational sis. Kalau dah couple seribu tahun ke mungkin jugak la orang yang tengok tu nak terharu ke.Ini baru seminggu, lepas tu berani2 nak buat video and then post kat media sosial, aku rasa itu adalah tindakan yang kurang bijak.Sebabnya, you live in Malaysia sis where the jury is more than the participants.

Tapi,pandangan aku,walaupun video yang dibuat tu seems nonsense,tak sepatutnyalah nak memaki hamun budak tu.Lagipon takdelah salah apa pon yang aku tengok dalam video.Expression terlebih je mungkin.

Friday, October 11, 2013

We Know..but..


Dalam pelbagai watak manusia yang aku jumpa, satu ragam yang menarik perhatian aku ialah suka bercakap bohong.Dan apa yang aku maksudkan kat sini pembohong tegarla.Setakat tipu sunat sekali dua tu..biasalah.*biasa ke?*
Hmm..pembohong tegar  nie ada dekat mana-mana pon.Tak percaya?Tengokla sekeliling korang..pasti ada..kalau takde..korang la kot orangnya..haha

Berdasarkan pemerhatian aku, berbohong nie biasanya dilakukan atas tujuan untuk meraih perhatian.Senang kata untuk meng'up'kan diri.Jalan pintas.Yalah, sebabnye kalau nak tunggu cerita betul memang takda.Jadi, berbohong satu-satunya pilihan yang ada supaya dapat menaikkan diri.

Satu perkara yang aku perasanla.Sepandai mana pon seseorang tu kelentong,pasti diketahui ramai tentang wataknya suka berbohong tu.Cuma, sama ada si empunya diri sedar atau tidak.

Dan kadang-kadang geli hati jugakla bila tengok kaki2 kelentong nie mengelentong.Kadang-kadang,kebenaran seseuatu perkara tu telah pon kita ketahui lebih awal.Tapi,dengan yakinnya si kaki2 kelentong nie membuka mulut dan memutar-mutarkan cerita.

So what?

Aku faham kalau nak sound direct dekat si kaki2 kelentong nie mungkin akan memalukan dirinya.Tapi.itu tak bermaksud kita boleh terus menadah telinga je melayan bohongan2nya tu*bohongan?ada ke?*.Kalau si kaki kelentong tu member2 gak,aku rasa tak jadi masalah kot setakat nak slow talk tu.Sebab, yang kesiannya dekat dia jugakla.Yalah,orang yang menadah teliga tu biasanya tak cakap apa2 kalau tengah dikelentong.Tapi, dibelakang pasti akan dikutuknya.

P/s:Kalau takde gak sekeliling korang kaki kelentong..cer tengok YB korang..ok stop..no politics talks here.

Sunday, August 18, 2013

Raya Yang Tak Seindah Dulu

Hmmm..tak tahulah kenapa aku rasa  makin tahun makin tak meriah raya-terutamanya raya taun nie.Kalau rasa pun,mungkin waktu malam raya je kot.Hari-hari sebelum dan selepas tu-even pagi raya pun-dah tak rasa seronok macam dulu-dulu.Sebab tulah, bila aku tengok bebudak begitu teruja nak menyambut raya, aku rasa teringin sangat nak jadik budak balik.

Yalah, bila dah besar panjang nie cara menyambut raya pun dah berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu.Kalau kecik-kecik dulu asal malam raya jeh, boleh terus berlari keliling rumah sambil bawak bunga api tanpa segan silu.Tak pun lempar mercun kat atuk yang  tengah membakar lemang.Tak pon mengacau Puan Emak yang sedang memasang langsir.
Bila pagi raya plak,belum subuh dah bangun.Sibuk nak mandi awal dan menunggu Encik Abah memberi duit sebagai ganjaran puasa penuh.

Tapi bila dah besar nie,dah tak boleh buat semua tuh.*bak kata mak aku,malu kt oghang aihh*.Bila malam raya, kenala tolong Puan Emak tak pun Encik Abah buat apa yang patut.Tapi bila aku tengok bebudak berlari dengan riangnyasambil bawak bunga api,sumpah aku rasa menyesal pulak jadik besar.Hmm..betullah life is short..goddamn short.

Monday, July 29, 2013

The Amazing Fingerstyle

I love to see his fingers dancing on the fret and how he makes the guitar sing for him.Salute!




Sunday, June 30, 2013

I'm ok

You mad at me,
I'm ok.

You  ignore me,
I'm ok.


You did'nt text me,
I'm ok.

You did'nt answer my call,
I'm ok.

But when you need me,
I no longer there.

Monday, June 24, 2013

Moral of the Sem..

Akhirnya habis sudah suma paper.Berakhirlah sebuah kisah di Tahun 2.

Dalam semester nie,gua rasa gua dapat beberapa pengajaran yang amat berguna.

1-Study at a Last Minute is Awesome but..
-Dalam sem-sem lepas memang betul study last minute to amatlah awesome because most of the time it worked well.But at this time, it is ridiculous and fucking bullshit.Bila study dah makin susah,study last minute ternyata tak membawa makna sebab konfem akan blank waktu exam.

2-Never Trust the Hint
Hint may helps you to manage your study but be careful it may be just a trap.Biasalah kalau dh study last minute macam gua cakap tadi, nak tak nak kena refer jugak hint yang ada baik dari sumber yang boleh dipercayai ataupun dukun yang tak bertauliah pasal kesuntukan masa untuk cover semua topik.Tapi disebabkan ketaksuban maksimum terhadap hint yang ada telah membuatkan gua terperangkap dalam jerat sendiri..ehh..macam lirik lagu la pulak.

3-Sleep on time
Tidur lambat.Hah..nilah satu penyakit yang gua masih tak selesai sampai hari nie.Bukan gua je,tapi gua rasa nilah penyakit paling common bagi pelajar-pelajar IPT macam aku ni.Kelambatan ketiduran..kelewatan ketiduran..ketiduran lambat.ahh..apa2lah..telah menjadi punca gua banyak skip kelas sem nie.

Ok cukup 3 faktor.Tapi gua rasa banyak lagi.Apa-apa pun kesannya, gua kena tunggu la result keluar dulu.

P/S:Sebarang penurunan pointer diharap tidak membawa kepada pemotongan wang saku bulanan oleh Puan Emak dan Encik Abah..hehe

Thursday, June 13, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

yE LetTeW..
MaNew aDew...
yE keW..

Hmm..benda nie bukan la baru kalau aku nak cerita pon.Siap jadi trend lagi sekarang ni.
 Cuma aku tengok gejala ini semakin menular dalam kalangan masayarakat sehingga mencetuskan kekeliruan identiti dan..eh..masih dasat rupanya aku berbahasa .Haha..Tak rugi cikgu Rose yang meja guru dia belah belakang komputer tepi  mesin fotostat-ada pasu bunga warna biru atas dia- tu mengajar aku waktu Form 5 dulu.

*baca balik*Apehal macam x kena je intro aku nie?Huh..lantaklah..

Ok back to our topic.
Hmm..sebenarnya aku teramatlah annoying dengan penggunaan bahasa yang bajet manja nie .
*err..sayang..kalau sayang yang guna takpe..I tak kisah..tulis Tamil terbalik pon takpe..sayang dikecualikan*
Aku pon tak tau sapa pencetus method nie.Dahlah short form, lagi ditambah "w" kat ujung.
Apa ke gila.Dah tu ngan huruf kecik beso kecik beso.

Kadang-kadang tu siap memelatkan ejaan.Dari "Kita" jadi "titew"..."tido" jadi "tidew"..huh..sumpah langsung tak cute.
Paling tak kena aku tengok ada yang  update status kt facebook pakai bahasa macam nie tapi tetiba ada perkataan "f*ck"lah,"bi*ch"lah .Heishh..kalau nak memaki hamun pon*note:memaki hamun dalam facebook amatlah tak cool* dalam facebook tu, maki je lah,tak payah nak menampakkan kemanjaan dengan menambah "w" kt dalam kat ayat tu.
Nasib "fu*k you" tak jadi "fu*kyeww".Tak pun "babi" jadi "babew" ke. 


P/s: Err..Kenape ye tajuk aku..macam takde kaitan je......


Wednesday, June 12, 2013

Coretan Di Pagi Buta

Salam...

Entah tak tau kenapa susah pulak aku nak tido malam nie.Nasib baiklah aku hidup zaman millenium, boleh gak online 'explore' dunia pepagi buta macam nie.

Tadi dalam aku dok bukak youtube melayan lagu-lagu jiwa (cehh!!),tetiba entah macam mana ada keluar kat video recommendation. "Bobo Parody-Sayang".Hmm..sebenarnya aku dah pernah nengok video mamat ni sebelum nie kt facebook tapi belum sempat seminit terus aku tutup.Tapi tadi sengaja aku tngok balik-full version punya.Aku pun usyar-usyarlah comment kat situ.Dari yang menyokong sampai ke memaki hamun , macam-macam jenis komen aku baca.Lantas tergeraklah hati aku untuk mengomen sekali.Tapi dekat sinila.

The very first thing yang terlintas dalam fikiran aku waktu tengok video tuh,"Eh, b*bi apa neh".Haha..aku tau korang pon mempuyai perasaan sama.So tak payah buat muka pelik.Jadi untuk mengomen video nie, aku tengok dari dua sudut.Biasaklah..baru fair n square..

Ok kalau dari sudut anarchist aku, si Bobo ni aku rasa mungkin ada masa terluang yang terlalu banyak sehingga tak tau nak buat apa lantas mengupload video yang bodoh lagi bangang.
Ape ke jadahnya la aku pon tak tau miming lagu sambil menari-nari dengan gaya yang tah apa-apa depan kamera.
Seriously, fucking idiot bro.Shame on you!

Dari sudut profesionalnya pulak, video tu sebenarnya tak adalah apa pon.Sekadar mencari populariti.Yalah,populariti tu kan boleh datang banyak cara.
Dan  zaman teknologi nie, dah tentulah internet menjadi medium yang paling mudah untuk meraih populariti termasuklah dengan mengupload video kat  youtube tuh.
Ada yang suara sedap,nyanyi pastu upload kat youtube..popular..ade yang handal main gitar,upload kat youtube..popular gak..ade yang boleh berdondang sayang..upload kat..ehh..ada ke?.Haa macam tulah lebih kurang.
Cuma cara Si Bobo mencari populariti nie agak unik dan rare .Dan disebabkan ke'rare'ran *ke'rare'ran??* tu lah, view dia dah cecah ratusan ribu sekarang nie.Sapa yang tengok?Korang gak kan.So popular la dia.

Tapi, satu benda lu kena ingat la bro.Populariti tu popuariti gak.Tapi tak perlulah sampai memalukan diri.It's not worth at all pasal itu diri mau pakai lama lagi brader!!

Ok..Cukup melalut..mata aku dah ngantuk..nak tido.











Sunday, April 7, 2013

Buatlah baik..selagi ianya baik.

      Satu benda yang aku perasan dalam hidup nie -kalau kita buat terlalu baik dengan manusia selalunya ia akan berakhir dengan kekecewaan pada diri sendiri.WTF?Aku maksudkan kt sini "terlalu".

       Pepatah orang melayu -"buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali"- memang ada benarnya sebab lumrah manusia memang begitu.Bukannya maksud aku tak boleh buat baik.Buat baik dah tentulah baik..buat jahat dah tentulah jahat.Lagi pon buat baik tu ganjarannya pahala.
Cuma berpada-padalah sebab manusia sangat suka ambil peluang dan kesempatan di atas kebaikan kita.

Tak semua roti yang kita beri dibalas roti.Kadangkala kita mungkin dilemparkan batu. Aku cakap berdasarkan apa yang aku lalui lately dan jugak pemerhatian aku selama ni.

So moral of the story, tetap buat baik but remember  u have to keep some gap so respect will fit in between.

Peace.No War!

          






Tuesday, April 2, 2013

Hai Delilah..

Hey there Delilah.

Itu tajuk lagu kegemaran aku.Aku jugak sangat suka main gitar lagu ni.Kalau ditanya kenapa, aku suka dengan liriknya yang simple but catchy and meaningful.Plus this song use only an acoustic guitar through out the song.No other instrument.Selamat melayan :-).


Saturday, March 30, 2013

Yang Cantik Tak Semestinya..

Ya..tergantung topik aku hari nie.Saja.Nak kasi effect "photoshop" sket.Haha.Baru meriah.

      So ceritanya..baru-baru nie,aku berpeluang la menghadiri satu function.Boleh tahan besarla functionnya.Since aku awal-awal lagi..oh yaa..kata ganti nama hari ini..saya...saya awal-awal lagi dah datang..saya  pon mengambilla kesempatan masa yang ada usyar-usyar awek-awek, mak-mak awek dan juga bapak2 awek yang ada kat situ.Biasalah..usyar..bukan kena bayar pon.
Berbagai ragamlah yang boleh aku..ehh..saya tengok.Ada yang sibuk  bermake-up, bersembang dan ada gak yang sibuk macam saya-dok usyar sesama sendiri.
Dalam aku..ah ..saya dok usyar2 tuh tetiba adalah seorang member yang duduk kt sebelah mencuit saya sambil menunjukkan isyarat jari ke arah satu couple yang duduk tak jauh dari kami sambil berbisik,"Cun beb awek tuh".
Saya pun tengoklah and wouuhh!Serious man..awek tu memang lawa gila.Ada la iras-iras Fazura gitu *Fazura yang mana satu haa?*.Dengan baju kurung yang dia pakai waktu tu memang boleh kata macam perempuan melayu terakhirla.Saya sendiri pon syok usyar si awek tuh. Dalam saya dok scan awek tuh,  tetiba member saya nie bisik kt telinga saya."Tapi cuba kau tengok pakwe dia,  muka pecah habis, macam mana la dia ayat awek tuh.Tak padan langsung".
Huh..sesedap mulut je membe saya nie kalau bercakap.Saya pon anggukkan je lah kepala walaupun saya rasa macam "Defak,biarlah.Pakwe dia".

Sebenarnya, paras rupa itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan kayu pengukur kelebihan atau keistimewaan seseorang tu..Sebabnya tak semua orang physically dilahirkan denagn paras rupa yang kacak macam saya atau cantik.Tapi,setiap individu itu dilahirkan kacak atau cantik dengan gaya yang tersendiri.Tak kiralah dari segi paras rupa ke,personaliti ke mahupun cara bercakap ke.That's why beauty itself is subjective.Macam mamat yang saya cerita tadilah.Memanglah kalau nak dibandingkan dari luarannya , tak sepadan dia tu dengan awek yang cun melecun tadi.Tapi dia mungkin mempunyai ciri lain yang nilainya jauh lebih tinggi dari paras rupa untuk menambat hati si gelfrennye tu.Tak gitu?

P/s: Macam tak kena je kata ganti nama hari ni.





The Dream

Lama sudah tak upadate blog nie.Hmm..aku tak taula kenapa hidup aku sangat kompleks lately.Masalah demi masalah melanda.*Sayang, you are excluded*And to my beloved car, dah kenapa asyik nak buat hal.Tuan kau kat sini bukannya kerja cop duit asyik nak repair kau je.

Ok enough..That's not the story actually.Hari nie aku sebenarnya  nak sharela satu tempat yang aku bercita-cita sangat nak pegi satu hari nanti.
Nama tempatnya Menorca.Terletak di Sepanyol, Menorca nie mempunyai teluk-teluk dan pantai yang sangat cantik.So,kat bawah nie beberapa gambar sekitar Menorca(taken from google.Kalau nak tunggu gambar aku sendiri memang tak tau la taon bila baru boleh upload).








Tuesday, March 26, 2013

Life is Hard, Death is Much Harder

Sejak kebelakangan ni.entahlah kalau aku duduk sensorang sambil mengenangkan apa yang aku buat selama ini, aku rasa makin hari aku jauh menyimpang dari landasan-Nya.

Dan kebetulan tadi waktu balik kuliah,aku trjumpa la sebuah buku pasal"sakaratul maut" kt bilik member aku.Since aku tak bawak kunci bilik and roomate aku pon belom balik lagi,so aku pon belek la sikit-sikit buku tu kt bilik member aku tuh.
Hmm..bila aku baca kisah-kisah betapa sukarnya menghadapi sakaratul maut nie,gerun jugak rasa bila mengenangkan dosa-dosa yang aku buat selama ni.
I may not a good man, but I'm dreaming of being a good man.

God,help me!

Monday, January 14, 2013

Balik Kampung Tu Sweet..

Sedar tak sedar dah cukup satu sem dah sem nie..mmg cepat betul masa berlalu...rasa macam baru je lagi jejak kaki waktu awal-awal sem dulu..tup2 dah abes dah sem nie..maknanya cuti sem dah pun bermula

So sebulan cuti nanti aku tak plan lagi nak buat apa..ingat nak membanting tulang mencari duit poket sikit..aaa.aaa..apa lagi ha aku nak cakap..aa..ah..shit..lupalah.. oklah..selamat bercuti


Related Posts Plugin for WordPress, ...