Ads

Ads

Monday, December 26, 2016

Tahun Lama Tahun Baru..Episod 1

Review 2015/16..

Banyak sangat kenangan 2016 ni.Yang pasti kalau pasal diriku, banyak berkisar transformasi diri la(ececeh).So, aku nk review dari sudut kerja,cinta dan kehidupan.

Kerja

Sebaik habis konvokesyen dalam bulan November 2015, aku mulakan langkah mencari kerja.Aku apply job2 yang ade dkt laman-laman web pekerjaan.Sampai dua bulan still takde kerja.Dan aku decide waktu tu untuk enhance skill teknikal aku.Aku pon amekla satu upskill course yang sponsered punye.Tempoh training dua bulan.Dari Disember 2015 sampaila Februari 2016.Tempoh yang singkat tapi cukup untuk aku peroleh banyak pengetahuan teknikal dan juga mengajar erti persahabatan.

Sebaik habis kursus, aku kembali mencuba memohon pekerjaan di laman-laman web dan jugak career2 fair.Dan lepas tiga bulan aku habis trainig, aku masih terkial-kial untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebenarnya bila kita mempunyai degree dan kita masih belum dapat kerja, semua orang tiba-tiba akan menjadi sangat concern.Sampai satu tahap tu, aku terpikir nak pakai printed t-shirt tulis "I'm jobless..Don't ask anymore".

Dan sejujurnya detik-detik belum mendapatkan kerja,deep inside, aku sangat sedih tapi aku tak ceritakan kepada sesiapa..Kene tahan telinga tebalkan muka setiap kali orang tanya pasal kerjaAda masa orang sindir perli.Terguris jugak hati dalam senyuman.Dan masa-masa yang aku perlukan moral support, aku tak mendapatkannya dari orang-orang yang sepatutnya.Tapi, aku tak berputus asa.Aku apply job every single day.Ke mana je aku dengar ade job fair, aku pergi walau berseorangan terpaksa merentas negeri dengan duit poket yang cukup-cukup untuk pergi balik je.Sebab aku yakin, selagi kita berusaha, selagi kita tidak berputus asa, Tuhan akan lorongkan jalan-jalan yang kita tak sangka.

Alhamdulillah.Allah is great.Pada ketika aku sangat berharap.Dia memakbulkan doa aku.Doa seorang pendosa yang sering lalai melaksanakan perintah suruhan dan larangan-Nya.Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Sekitar May 2016 aku ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat swasta dalam sektor industri.

End of Episode 1..To be continued...


Monday, December 5, 2016

2/12/2016-10.37 pm.

Sedapnye bau dari rumah jiran sebelah.Diorang masak ape ye?
Dah la tengah lapar nie..haishh..kalau la pandai memasak..bole jugak habiskan gas kat dapur yg da dua tahun tak pernah bertukar tu..

Sunday, November 27, 2016

27/11/2016..5.38 p.m

Today,I'm feeling so sad that I don't know to who should I share with.
How could the person that I think could help me out at my hardest situation throw such hurting words to me? :(

Saturday, November 26, 2016

27/11/2016-4.18 a.m.

Taman hati yang indah berseri itu,

Tidak tercapai bak langit nan biru,

Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,

Adakah akan dianggap penceroboh...?

Jika kehadiranku tidak disenangi,

Biarlah ku layu terbiar menyepi,

Mungkin waktunya ku undur diri,

Tempatku bukan di sini..



Saturday, November 19, 2016

Kalau lah nasihat itu..

Seperkara yang aku belajar dari kehidupan ni, ke mana sahaja kita membawa diri, dengan sesiapa yang kita jumpa,kita selalu menerima nasihat-nasihat yang positif oleh orang-orang sekeliling kita.
Dan sebagai lelaki muslim, of course aku tiap-tiap minggu mendapat nasihat yang berunsurkan kegamaan dari khutbah Jumaat setiap minggu.

Tapi, bila aku kenangkan balik, aku tak ingat berapa kerat sangat nasihat yang aku dengar,terima dan pakai.Dengar dan terima itu selalu, tapi untuk "betul-betul memakai" nasihat tersebut aku rasa amat jarang aku dan kita semua lakukan.Dan itulah sebabnya kita(especially aku) susah untuk berubah menjadi lebih baik.

Contohnya begini..

Solat Jumaat dalam setahun ada lebih kurang 50 kali.Maksudnya, sepanjang tahun setiap minggu kita mendengar nasihat-nasihat yang baik dari khutbah-khutbah.
Andai kita ambil satu sahaja dari 50 khutbah-khutbah tersebut untuk kita terus mengguna pakai dan amalkan, pasti kita menjadi insan yang lebih dari sebelum mendengar khutbah tu.
Tapi masalahnya, berapa banyak nasihat yang kita dengar kebanyakannya hanya sekadar mendengar.Tidak dalam hati kita untuk ,"Nasihat ini baik.Dari hari ni, aku mesti buat ikut nasihat ini".

Apa yang aku cakapkan ni pon refleksi diri aku jugakla.Contoh yang aku bagi pon tak termasuk nasihat-nasihat yang lain seperti dari ibu bapa atau suami/isteri.Kalau dicampur semua, sepatutnya kita semakin jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Macam pesanan ibu bapa,"Jadilah anak yang baik".
Pesanan yang seringkas ini kalau betul kita selalu tetapkan di dalam hati, ingat, dan amalkan sememangnya kita akan menjadi anak yang baik.

Aku bagi contoh, untuk pesanan "Jadilah anak yang baik" dari ibu bapa.
Kita tetapkan dalam hati,aku mahu ikut,selalu ingat dan amalkan nasihat ini.
Bila duduk berjauhan dengan ibu bapa, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati untuk amalkan nasihat yang ringkas ini, kita akan selau bertanya khabar kepada ibu bapa kerana pesannya supaya menjadi anak yang baik.
Apabila kita mahu melakukan sesuatu yang kurang elok, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati mahu mengamalkan nasihat yang ringkas ini, kita tak jadikan lakukan kerana pesannya ibu bapa supaya menjadi anak yang baik.
Hasilnya nanti, kita menjadi anak yang baik disebabkan satu nasihat yang ringkas tetapi diikuti dan diamalkan sebagai rujukan.

Tapi, lumrah kita, kita suka mendengar nasihat, tetapi berapa nasihat yang betul-betul kita mahu ambil dan tetapkan dalam hati,"This advice is very good.I will remember and really really really practise it afterwards".




Saturday, November 12, 2016

13th Nov.-11.13 a.m.

One day,
When you old enough to know what life is all about,
You know much of your life is guided by your decision in the past.

Friday, September 16, 2016

17 September 2016-11.37 a.m.

Keseorangan di McD.

Entah kenapa aku merasakan sesuatu kekosongan jauh di sudut hati.
Juga penyesalan terhadap diri sendiri.

Friday, September 2, 2016

3 September 2016 /2.25 a.m

Saya tahu..
Perkahwinan awk hampir..begitu hampir..
Saya mendoakan awk bahagia..
Hingga saat ini..saya tak mampu melupakan awak :'(.

Wednesday, August 17, 2016

17 Ogos 2016

Sepi di pinggir pelabuhan
Sesepi sudut kamar hati
Adakala terbit rasa sunyi
Akulah pencinta yang tak sudi.

Monday, August 15, 2016

Sebenarnya..

Sebenarnya aku rindu
Aku begini kerana rindu.

Sebenarnya aku cemburu
Dengan dunia aku boleh menipu
Dengan hati kecilku
Aku tak mampu.

Wednesday, August 10, 2016

10 Ogos 2016

Malam yang seperti selalu
Kelam bak muara hati
Bertemankan rindu
Bersahabatkan sepi.

Monday, August 8, 2016

Sepi Si Pencinta Bodoh

Taman hati terbentang luas
Bak gurun tak berpenghuni
Kerinduan pada yang tak sudi
Siapalah diri diingati dipeduli.

Ku tuliskan angan-angan
Mohon jadi realiti
Namun siapa empunya perasaan
Empunya simpati
Abadilah si pencinta bodoh yang menaruh hati.

Saturday, May 21, 2016

Sebuah Memori Indah

Da enam bilan aku konvo.
Tapi ingin kugarapkan di sini betapa tiap kali teringatkan hari bersejarah tersebut,ia mengundang
senyuman dan kenangan yang begitu indah untuk diingati.

Detik hari pertama sampai,dah petang.Terus ambil jubah.Tengok semua muka bahagia gembira.Semacam pesta
hari tu.Seronok tengok muka teman-teman yg gembira.

Hari Knovo,rasa seronok sangat.Ntah kenapa tiap kali aku ingat detik2 ni, aku rasa rindu sangat dengan zaman belajar.Zaman dengan teman-teman,
Related Posts Plugin for WordPress, ...