Ads

Ads

Friday, October 11, 2013

We Know..but..


Dalam pelbagai watak manusia yang aku jumpa, satu ragam yang menarik perhatian aku ialah suka bercakap bohong.Dan apa yang aku maksudkan kat sini pembohong tegarla.Setakat tipu sunat sekali dua tu..biasalah.*biasa ke?*
Hmm..pembohong tegar  nie ada dekat mana-mana pon.Tak percaya?Tengokla sekeliling korang..pasti ada..kalau takde..korang la kot orangnya..haha

Berdasarkan pemerhatian aku, berbohong nie biasanya dilakukan atas tujuan untuk meraih perhatian.Senang kata untuk meng'up'kan diri.Jalan pintas.Yalah, sebabnye kalau nak tunggu cerita betul memang takda.Jadi, berbohong satu-satunya pilihan yang ada supaya dapat menaikkan diri.

Satu perkara yang aku perasanla.Sepandai mana pon seseorang tu kelentong,pasti diketahui ramai tentang wataknya suka berbohong tu.Cuma, sama ada si empunya diri sedar atau tidak.

Dan kadang-kadang geli hati jugakla bila tengok kaki2 kelentong nie mengelentong.Kadang-kadang,kebenaran seseuatu perkara tu telah pon kita ketahui lebih awal.Tapi,dengan yakinnya si kaki2 kelentong nie membuka mulut dan memutar-mutarkan cerita.

So what?

Aku faham kalau nak sound direct dekat si kaki2 kelentong nie mungkin akan memalukan dirinya.Tapi.itu tak bermaksud kita boleh terus menadah telinga je melayan bohongan2nya tu*bohongan?ada ke?*.Kalau si kaki kelentong tu member2 gak,aku rasa tak jadi masalah kot setakat nak slow talk tu.Sebab, yang kesiannya dekat dia jugakla.Yalah,orang yang menadah teliga tu biasanya tak cakap apa2 kalau tengah dikelentong.Tapi, dibelakang pasti akan dikutuknya.

P/s:Kalau takde gak sekeliling korang kaki kelentong..cer tengok YB korang..ok stop..no politics talks here.

Related Posts Plugin for WordPress, ...