Ads

Ads

Friday, December 20, 2013

The Morning Talk

Pagi tadi,sedang aku sarapan dekat kedai mamak dengan membe aku,tiba-tiba datang seorang uncle india mintak tolong pimpin tangannya untuk melangkah bendul dekat sebelah meja aku.Taklah tinggi sangat.Tetapi dengan keadaannya yang bertongkat tu, mungkin agak susah bagi dia.So aku pon tolonglah sebab kesian tengok uncle tu yang terpaksa bertongkat untuk berjalan.

Dia mengucapkan terima kasih sambil menceritakan tentang penyakit yang sedang dialaminya.Strok katanya.

Dalam berbual tu, dia pon menanyakanla tentang kami berdua.Aku pun bagitau la yang kitorang berdua student.Dan dalam berbual-bual tu, dia sempat memberi nasihat yang agak menyedarkan akula.

"Jangan membazirkan peluang yang you ada.Tak semua orang dapat continue study dekat universiti macam you all berdua.Setiap apa yang you buat, the first thing yang you mesti ingat parent you.Uncle sebagai parent, uncle tau susah sangat nak cari wang ni.Tapi setiap kali anak-anak  uncle yang tengah study call minta wang,uncle akan cuba sedaya-upaya untuk bagi.Walaupun waktu tu uncle takde duit,uncle cuba bagi jugak walaupun separuh.Tak nak nanti jadi sebab diorang tak boleh belajar.
You study,study betul-betul.You ingat pengorbanan parent you sampai you dapat belajar ke tahap sekarang.Apa yang you buat sekarang ialah study.Jangan buat benda lain.Girlfriend belakang cerita.Seronok belakang cerita.Enjoy belakang cerita.Itu semua datang sendiri bila you dah ada kerja.Ada kerjaya.
Jangan sampai nanti you keluar, dah graduate, you menyesal sebab susah mau dapat kerja.Result tak bagus.
You orang muda.Long journey to go.God gave you brain.So make use of it.Think.

Uncle bagi tau sebab uncle ada anak.Uncle tau macam mana perasaan sebagai parent mau tengok anak-anak berjaya.Kami tak kisah berkorban untuk anak-anak asal anak berjaya.
Tapi, bila uncle tengok ada anak-anak yang sia-siakan peluang belajar,uncle rasa sedih.Bukan apa,diorang tak fikir betapa susah parent diorang cari wang supaya diorang dapat belajar dengan senang.Uncle tak kata kalau anak-anak orang kaya.Diorang dapat result tak bagus pon tak apa.Sebab diorang mungkin ada aset,ada business yang diorang boleh buat.Tapi bila yang buat tu anak-anak orang biasa, memang sedih.Kesian dekat parent yang bersusah-payah tapi anak-anak tak fikir.You student,you belajar betul-betul.You struggle sekarang tak apa.Berkorban dua tiga tahun for next 40,50 years.Nanti, you dah tua you tak menyesal dengan hidup you sendiri. Make your parent proud of you."

Macam tula lebih kurang nasihat dia.Ikutkan panjang lagi nasihatnya tapi aku tak berapa ingat plus malas nak tulis panjang-panjang.But, bila difikir-fikirkan balik, memang ada la nasihat dia tuh yang terkena batang hidung aku.
Anyway thanks for da advice!

Related Posts Plugin for WordPress, ...