Ads

Ads

Saturday, March 10, 2018

Kahwin itu kiranya gi mana?*baca slank indon*

Aku sering tertanya-tanya satu perkara bila terlintas mengenai perkahwinan ni.

Analoginya begini...

Dulu-dulu,waktu aku pakai handset buta colour(nokia 3310 tu la),aku sangat teruja membayangkan betapa seronok dan nikmatnya andai aku mempunyai sebuah smartfon.Sampailah masa aku mampu smartphone sendiri.Sungguh mengujakan sekali.
Hari pertama, minngu pertama, aku rasa sangat gembira dengan telefon baru tu.
Lama-kelamaan keterujaan tu pon hilang.Adanya handphone di dalam poket tu tidak lebih dari sekadar rutin manusia biasa di zaman moden ni.

Jadi, persoalannya..Adakahj perkahwinan juga begitu?

Keterujaan..bahagia..adakah itu semua hanya mekar di awal bulan atau tahun pertama perkahwinan?
Selepas tempoh itu, apakah perkahwinan itu juga akan jadi seperti handphone tadi?Sekadar rutin kerana ianya ada atau macam mana?

Ahh peninglah kepala aku..zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Update: Dah kahwin dan I will update how it be in the marriage.

Sejenak...

Dulu, waktu zaman study aku selalu terbayangkan betapa mudahnya hidup andai mmpunyai gaji 2 3 ribu sebulan.Yelah waktu tu aku hanya bergantung krpada duit PTPTN untuk survive perbelanjaan harian.

Tapi, setelah aku mempunyai kerja dan bergaji, entah mengapa  gaji RM3000 tu macam tak cukup.
Sering aku mengeluh dan merungut.
Salahnya?
Aku sendiri.
Seiring dengan peningkatan pendapatan, kehendak aku pon meningkat. Sehinggalah aku merenung sejenak ke bawah sana , masih ramai yang yang terpaksa bekerja siang dan malam tapi masih terpaksa mengikat perut.
Sedangkan aku pulak berkira-kira dan merungut sebab tak mampu beli kereta baru dan pegi travel.
Entahlah.
Syukur..itulah yang aku jarang hayati maknanya walau kerap mendengarnya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, ...