Ads

Ads

Sunday, November 27, 2016

27/11/2016..5.38 p.m

Today,I'm feeling so sad that I don't know to who should I share with.
How could the person that I think could help me out at my hardest situation throw such hurting words to me? :(

Saturday, November 26, 2016

27/11/2016-4.18 a.m.

Taman hati yang indah berseri itu,

Tidak tercapai bak langit nan biru,

Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,

Adakah akan dianggap penceroboh...?

Jika kehadiranku tidak disenangi,

Biarlah ku layu terbiar menyepi,

Mungkin waktunya ku undur diri,

Tempatku bukan di sini..



Saturday, November 19, 2016

Kalau lah nasihat itu..

Seperkara yang aku belajar dari kehidupan ni, ke mana sahaja kita membawa diri, dengan sesiapa yang kita jumpa,kita selalu menerima nasihat-nasihat yang positif oleh orang-orang sekeliling kita.
Dan sebagai lelaki muslim, of course aku tiap-tiap minggu mendapat nasihat yang berunsurkan kegamaan dari khutbah Jumaat setiap minggu.

Tapi, bila aku kenangkan balik, aku tak ingat berapa kerat sangat nasihat yang aku dengar,terima dan pakai.Dengar dan terima itu selalu, tapi untuk "betul-betul memakai" nasihat tersebut aku rasa amat jarang aku dan kita semua lakukan.Dan itulah sebabnya kita(especially aku) susah untuk berubah menjadi lebih baik.

Contohnya begini..

Solat Jumaat dalam setahun ada lebih kurang 50 kali.Maksudnya, sepanjang tahun setiap minggu kita mendengar nasihat-nasihat yang baik dari khutbah-khutbah.
Andai kita ambil satu sahaja dari 50 khutbah-khutbah tersebut untuk kita terus mengguna pakai dan amalkan, pasti kita menjadi insan yang lebih dari sebelum mendengar khutbah tu.
Tapi masalahnya, berapa banyak nasihat yang kita dengar kebanyakannya hanya sekadar mendengar.Tidak dalam hati kita untuk ,"Nasihat ini baik.Dari hari ni, aku mesti buat ikut nasihat ini".

Apa yang aku cakapkan ni pon refleksi diri aku jugakla.Contoh yang aku bagi pon tak termasuk nasihat-nasihat yang lain seperti dari ibu bapa atau suami/isteri.Kalau dicampur semua, sepatutnya kita semakin jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Macam pesanan ibu bapa,"Jadilah anak yang baik".
Pesanan yang seringkas ini kalau betul kita selalu tetapkan di dalam hati, ingat, dan amalkan sememangnya kita akan menjadi anak yang baik.

Aku bagi contoh, untuk pesanan "Jadilah anak yang baik" dari ibu bapa.
Kita tetapkan dalam hati,aku mahu ikut,selalu ingat dan amalkan nasihat ini.
Bila duduk berjauhan dengan ibu bapa, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati untuk amalkan nasihat yang ringkas ini, kita akan selau bertanya khabar kepada ibu bapa kerana pesannya supaya menjadi anak yang baik.
Apabila kita mahu melakukan sesuatu yang kurang elok, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati mahu mengamalkan nasihat yang ringkas ini, kita tak jadikan lakukan kerana pesannya ibu bapa supaya menjadi anak yang baik.
Hasilnya nanti, kita menjadi anak yang baik disebabkan satu nasihat yang ringkas tetapi diikuti dan diamalkan sebagai rujukan.

Tapi, lumrah kita, kita suka mendengar nasihat, tetapi berapa nasihat yang betul-betul kita mahu ambil dan tetapkan dalam hati,"This advice is very good.I will remember and really really really practise it afterwards".




Saturday, November 12, 2016

13th Nov.-11.13 a.m.

One day,
When you old enough to know what life is all about,
You know much of your life is guided by your decision in the past.

Related Posts Plugin for WordPress, ...