Ads

Ads

Thursday, April 24, 2014

A share of 8share..




Tadi waktu log in akaun http://8share.com/my,tengok-tengok dashboard rupa-rupanya dah tercapai total earning aku RM50- minimum amount untuk
cash out.Actually,I've  cashed out twice before.The last time was around six months ago.Tu pon sebab aku jarang-jarang mempromosikan kempen2 diorang nie.
Sampailah kebelakangan nie ada masa sikit so sempatlah share kempen2 diorang nie dan tercapai balik RM50.

Personally, aku rasa 8share nie platform yang bagus jugakla untuk buat duit tanpa modal Walaupun mungkin agak mengambil masa untuk capai RM50 tu.
Daripada dok online
berjam-jam tak dapat apa-apa,apa salahnya share kempen2 yang ada dekat 8share nie.Memanglah nilai bagi setiap unique visit tu
kebiasaannya cuma RM0.20 je,tapi kalau ada ramai
kenalan kt facebook, follower kat twitter takpon kat media2 sosial yang lain, ditambah dengan sedikit kerajinan,aku rasa nak capai RM50 takdelah makan masa sangat.
Memandangkan keadaan ekonomi aku yang tak mendesak buat masa nie,aku rasa nak biarkan je dulu.Nak collect lagi.Dah cecah RM100, macam tu baru aku nak cash out.


Anyway,I would like thanks so much to those who were willing to click on my ads at my twitter account as well as at this blog.

Thursday, April 10, 2014

Teori Kehilangan MH370-Fakta atau Andaian?

Gua amat tertarik dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370.Apa yang gua maksudkan kat sini ialah teori-teori
dan spekulasi2 yang muncul tentang misteri kehilangannya.

Bermacam-macam teori yang gua dengar.Dari mula minggu pertama kehilangan pesawat tu sampailah hari nie.Hari ke-34.
Dari sebodoh-bodoh teori hinggalah sebijak-bijak teori melangkaui batasan pemikiran manusia yang waras.
Gua baca.Tapi gua tak telan.Apatah lagi hadam.
Ada yang cakap pesawat nie dirampas oleh pengganas dan dibawa ke Pakistan.Ada yang cakap terhempas di Pulau Kapas.Ada yang cakap mendarat di Nanning,China.
Ada gak yang cakap pesawat nie terhempas kat sebuah pulau di Vietnam.
Tapi yang paling lucu, ada yang cakap pesawat tersebut berada di antara tiga negeri.Haa..yang tu gua tau orangnya tapi gua tak nak sebut sapa..kang tak pasal-pasal gua kena sepak macam buaya.Ok stop!

Apapun, 1001 teori yang dibawa, gua mau tanya.Siapakah mereka yang mencipta teori ini?
Apakah teori ini disandarkan kepada fakta yang tepat ataupun sekadar andaian kosong yang disokong oleh persepsi yang berat sebelah?
Tak salah menduga tapi janganlah terlalu sempit idea dan teori yang diluahkan tu sampai kadang-kadang gua rasa macam "defak,man".
Gua rasa biarlah orang yang lebih tahu bercakap.Biarlah orang yang betul2 bidangnya berhujah.
Bukannya apa,akhir-akhirnya nanti..bila misteri terungkap..teori-teori nie tadi akan berakhir tak lebih sebagai jenaka yang tak berpenghujung.Percayalah.

Terima Kasih JPJ..

Salam satu Malaysia..
Seperti mana dijadualkan,gua telah menghadiri mahkamah semalam untuk perbicaraan kes
kesalahan trafik tidak memakai tali pinggang.Nasib baik tarikh perbicaraan jatuh bertepatan dengan cuti pertengahan semester.

*damn..apahal macam skema je bunyi intro*

Ikutkan dalam surat tu,gua dikehendaki untuk berada di mahkamah pada pukul 8.00 pagi.
So seawal pukul 7.50 pagi lagi gua sudah sampai.Punyalah gua kelam kabut bangun awal takot terlewat tiba pagi tu.

Gua pon tunggulah sampai pukul 8.00 kaunter bukak.Lepas tu, gua diberitahu pihak JPJ pulak sebagai pendakwa masih belom pon sampai.Jadi, gua diminta menunggu.
Gua pon terusla menunggu dengan sabar.Dari pukul 8.00 sampailah pukul 9.00.Perbicaraan masih belum dimulakan.Gua terasa "fucked up" menunggu di luar.
Sampailah ada seorang pak cik yang turut menunggu bertanya pulak dekat kaunter.Kemudian, kami diminta untuk menunggu di dalam ruang perbicaraan sampailah hakim sampai.
Lebih kurang pukul 10, barulah hakim terhegeh-hegeh sampai sambil buat muka kemas.
Kalau gua tahulah punya terok janji melayu dia, takdelah gua nak sampai awal2 pagi lagi.

Sebelum perbicaraan dimulakan, pihak mahkamah telah memberitahu terlebih dahulu jumlah minimum dan maksimum yang perlu dibayar bagi setiap kesalahan trafik.Jadi, mana-mana yang tak wang yang
 mencukupi seperti mana yang diberitahu telah diminta untuk memaklumkan kepada pihak mahkamahlebih awal supaya perbicaraan dapat ditangguhkan.
Gua agak tersentuh waktu tu apabila tiba-tiba ada seorang pak cik nie yang mengangkat tangan.Gua tengok dengan pakaiannya yang agak lusuh kemudian dia berjalan ke hadapan.Kemudian
dia meminta pihak mahkamah membenarkan jumlah minimum kesalahan diturunkan memandangkan dia tidak mempunyai wang yang cukup.Malangya, pihak mahkamah tidak mempedulikan permintaannya dan meminta
supaya pak cik tu mencari wang dalam tempoh dua minggu penangguhan perbicaraan tu.Gua rasa sangat kesian kat pak cik tu tapi gua tak mampu menolong sebab duit gua pon cukup-cukup je.


Perbicaraan duimulakan dengan memberi laluan untuk kes-kes jenayah terlebih dahulu.Dalam 15 minit macam tu,tibalah giliran pesalah trafik.Sampailah giliran gua, gua terus membuat pengakuan bersalah
atas kesalahan trafik dibacakan kepada gua.Dan waktu rayuan dibuka, gua telah meminta untuk dikurangkan denda dan mahkamah yang budiman lagi menepati masa telah memberi perhatian terhadap rayuan gua dan gua dikehendaki membayar hanya RM100 daripada jumlah RM300 yang sepatutnya.

Nak berterima kasih?..sorry..duit gua tetap dah melayang..
Bukannya gua mahu menegakkan benang basah..Tapi gua harap brader2 JPJ yang hensem berkaca mata,brdiri bawah pokok tu lebih rasional dan logikla bila mencari kesalahan..
gua rasa menahan pemandu yang tidak memakai tali pinggang kaledar di tengah-tengah jalan bandar ,pada purata kelajuan 30-40 km/jam tu adalah tak masuk akal untuk dikeluarkan saman..
Akibat  seandainya tidak memakai tali pinggang dan berlaku kemalangan pada kelajuan tersebut adalah sangat minimum..
memanglah memakai tali pinggang itu undang-undang,tapi  penguatkuasaan tu biarlah kena pada tempatnya..
gunakanlah logik pemikiran terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan..


Related Posts Plugin for WordPress, ...