Ads

Ads

Sunday, August 18, 2013

Raya Yang Tak Seindah Dulu

Hmmm..tak tahulah kenapa aku rasa  makin tahun makin tak meriah raya-terutamanya raya taun nie.Kalau rasa pun,mungkin waktu malam raya je kot.Hari-hari sebelum dan selepas tu-even pagi raya pun-dah tak rasa seronok macam dulu-dulu.Sebab tulah, bila aku tengok bebudak begitu teruja nak menyambut raya, aku rasa teringin sangat nak jadik budak balik.

Yalah, bila dah besar panjang nie cara menyambut raya pun dah berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu.Kalau kecik-kecik dulu asal malam raya jeh, boleh terus berlari keliling rumah sambil bawak bunga api tanpa segan silu.Tak pun lempar mercun kat atuk yang  tengah membakar lemang.Tak pon mengacau Puan Emak yang sedang memasang langsir.
Bila pagi raya plak,belum subuh dah bangun.Sibuk nak mandi awal dan menunggu Encik Abah memberi duit sebagai ganjaran puasa penuh.

Tapi bila dah besar nie,dah tak boleh buat semua tuh.*bak kata mak aku,malu kt oghang aihh*.Bila malam raya, kenala tolong Puan Emak tak pun Encik Abah buat apa yang patut.Tapi bila aku tengok bebudak berlari dengan riangnyasambil bawak bunga api,sumpah aku rasa menyesal pulak jadik besar.Hmm..betullah life is short..goddamn short.

Related Posts Plugin for WordPress, ...