Ads

Ads

Wednesday, March 26, 2014

#RIPMH370

Sepanjang 17 hari lalu kita pernah sama-sama putus berdoa.Mengharap dan berharap.

Waktu kita pernah bermimpi melihat MH370 tenggelam dan ditelan lautan,tetapi kita terus menafikan mimpi itu.
Kita bisikkan kepada hati,'ah itu sekadar mainan tidur yang tak perlu dilayan'.Di hati kita,tetap mengatakan MH370 akan pulang dengan selamat.

Itu pengharapan kita...Semalam,bila dikhabarkan pencarian MH370 berpenghujung di Lautan Hindi,kita terkedu mendengarnya.
Ada yang tidak dapat menahan sebak.Tak kurang yang menitiskan air mata.
Selepas diduga dengan kehilangan MH370 yang misteri,sekali lagi kita diuji denagn jawapan yang tidak memihak pada harapan
kita.
Apa pun, dalam doa yang dipohon,kita letakkan segala harapan itu pada ketentuan-Nya.Keyakinan kita tetap kita letak dalam genggaman-Nya.
Kita hanya mampu berusaha.Kita hanya mampu berdoa.Namun,semua itu terletakdi tangan-NYA..YANG MAHA ESA.
Al-Fatihah.
(dipetik dari Sinar Harian 25 Mac 2014)

Sunday, March 16, 2014

R.I.P Rachel Corrie(10 April 1979-16 March 2003)

Sapa Rachel Corrie nie?Girlfriend gua ke?Ke sedara gua?
Kenapa yang gua peduli sangat?

Sebenarnya Rachel Corrie nie takda kaitan pon dengan hidup gua.Cuma gua tertarik dengan perjuangannya.Rachel Corrie nie sebenarnya seorang aktivis keamanan warga Amerika.Beliau memperjuangkan keamanan sejagat termasuklah hak rakyat Palestin.
Kematiannya akibat dilanggar jentolak Israel sewaktu mempertahankan  rumah warga Palestin dariapada diroboh telah mendapat perhatian dunia yang meluas.

Di bawah nie video speech waktu dia kecik.
Salute!!
Kecik-kecik dah boleh deliver speech pasal global issue.

Hari nie genapla 11 tahun pemergiannya.
R.I.P Rachel Corrie.


Thursday, March 13, 2014

No Title

Hari ni dah masuk hari keeenam kehilangan pesawat MH370.Namun, jejak pesawat masih gagal dikesan meskipun timbul beberapa imej
satelit yang mengaitkan dengan pesawat tersebut.Apapun,g ua harap operasi-operasi yag dijalankan dapat merungkai kehilangan pesawat tersebut.

Tapi,gua agak tersedak dalam kesibukan pihak berkuasa tempatan dan luar negara sibuk mencari pesawat tersebut,
 tetiba muncul tok-tok bomoh yang  ingin menawarkan khidmat mencari sama pesawat tersebut.
Ya, itu mungkin salah satu usaha.Tapi, biarlah ianya selari dengan ajaran Islam.
Tindakan tersebut sebenarnya memberikan imej buruk terhadap Malaysia dan agama Islam itu sendiri.Malah, ritual yang dijalankan tu jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Hmm..kalau P.Ramlee masih hidup ,gua rasa mesti dia panggil tok bomoh tu untuk buat sekuel Laksamana Do Re Mi yang baru.

P/s:Err..sorry neighbours..we don't mean to damage your hearings..it just called "trashcore"..and those are sharps..not #hashtags

Wednesday, March 12, 2014

A Missing Attitude..



Tadi waktu aku makan malam dengan member2 gua dekat satu food court, aku tertarik dengan gelagat seorang wanita lingkunangan 50-an yang sedang meminta sumbangan.

Asalnya kitorang pon tak tau atas tujuan apa sumbangan yang diminta oleh wanita tua itu.
So kitorang sekadar memerhati wanita tersebut yang berjalan dari meja ke meja sampailah dekat meja kitorang.
Dan taulah kitorang lepas tu yang  mak cik tu meminta sumbangan
bagi pihak rumah anak-anak yatim berdasarkan surat bukti yang ditunjukkannya.

Lepas tu,mak cik tu terus gerak ke meja sebelah.Aku pon usyarla memandangkan meja sebelah tu group awek2 hot tengah duduk.
Seperti mana waktu dekat meja kitorang tadi, dia pon memperkenalkan la dirinya sambil meminta sumbangan ikhlas dari awek-awek tu.
Waktu aku dok usyar mak cik tu mintak sumbangan,tetiba salah seorang awek kat meja tu menyuruh mak cik tu duduk bersama mereka.
Dengan nada yang suara yang agak tinggi, awek tadi mula bertanya mak cik tu soalan-soalan seolah-olah ragu dengan dengan mak cik tu.
Latar belakang dia.Lokasi rumah anak yatim.
Agak terkejut la aku waktu tu.Mak Cik ni pon menerangkan la detail2 sumbangan yang dia mintak tu.Tapi awek tu nampak macam tak puas hati terus mempersoalkan kebenaran surat bukti mak cik tu.Sampaila akhirnya,mak cik tu meninggalkan meja tersebut sambil mengucapkan terima kasih.

Pada aku, tak perlu la kot sampai nak bertindak macam tu.
Nak mencari kebenaran, menghindari penipuan tu bagus tapi biarlah betul caranya.Berhemah.Kalau tanya elok2 pon ape salahnye.Tak perlula nak menyakitkan hati dengan cara yang kurang sopan.
Macam mana kalau mak cik tu memang betul mintak bantuan bagi pihak sekolah anak2 yatim tu.

Dan kalau pon tak betul,itu atas dialah.Buat baik, sedekah tu tetap diberi pahala.Kalau tak nak bagi tak payah bagi.

Walau pon pada asalnya aku nampak awek tu cantik,tapi kecantikan tu akhirnya luntur dengan sikap yang kurang adab tu.

P/s:Ohh..da ade orang masuk merisik ke,,semoga bahagialah

Tuesday, March 11, 2014

Our hope...#MH370

I know it put us in such hard situation as the lost MH370 a few days ago remain unknown.We don't know what exactly happen to the flight and the passengers.
Let's pray.
Keep our finger crossed for their safety.
At least there is still hope in our pray.

Dear #MH370, wherever you are,whatever you in,may Allah with you.
Please Come back.We all wait for you.


Monday, March 3, 2014

Sweet Malaysians..

Pasal punyalah boring tadi,aku pon melayanla video-video yang ada kat youtube tu.Dari video lagu ke video lawak ke video prank ke video blue..opss..tu takde..
Macam-macam videolah yang aku layan sampai aku sendiri pon dah tak tau nak tengok video apa lagi.

Dan tengah aku melayan video prank Bang Bang Boom tadi,tetiba ada satu video dari salah satu episod rancangan tersebut yang agak menarik perhatian aku.
Hmm..masih ada rupanya manusia-manusia berhati mulia kat Malaysia nie..salute!!
Bersatu teguh, bercerai roboh.




Related Posts Plugin for WordPress, ...