Ads

Ads

Thursday, April 10, 2014

Terima Kasih JPJ..

Salam satu Malaysia..
Seperti mana dijadualkan,gua telah menghadiri mahkamah semalam untuk perbicaraan kes
kesalahan trafik tidak memakai tali pinggang.Nasib baik tarikh perbicaraan jatuh bertepatan dengan cuti pertengahan semester.

*damn..apahal macam skema je bunyi intro*

Ikutkan dalam surat tu,gua dikehendaki untuk berada di mahkamah pada pukul 8.00 pagi.
So seawal pukul 7.50 pagi lagi gua sudah sampai.Punyalah gua kelam kabut bangun awal takot terlewat tiba pagi tu.

Gua pon tunggulah sampai pukul 8.00 kaunter bukak.Lepas tu, gua diberitahu pihak JPJ pulak sebagai pendakwa masih belom pon sampai.Jadi, gua diminta menunggu.
Gua pon terusla menunggu dengan sabar.Dari pukul 8.00 sampailah pukul 9.00.Perbicaraan masih belum dimulakan.Gua terasa "fucked up" menunggu di luar.
Sampailah ada seorang pak cik yang turut menunggu bertanya pulak dekat kaunter.Kemudian, kami diminta untuk menunggu di dalam ruang perbicaraan sampailah hakim sampai.
Lebih kurang pukul 10, barulah hakim terhegeh-hegeh sampai sambil buat muka kemas.
Kalau gua tahulah punya terok janji melayu dia, takdelah gua nak sampai awal2 pagi lagi.

Sebelum perbicaraan dimulakan, pihak mahkamah telah memberitahu terlebih dahulu jumlah minimum dan maksimum yang perlu dibayar bagi setiap kesalahan trafik.Jadi, mana-mana yang tak wang yang
 mencukupi seperti mana yang diberitahu telah diminta untuk memaklumkan kepada pihak mahkamahlebih awal supaya perbicaraan dapat ditangguhkan.
Gua agak tersentuh waktu tu apabila tiba-tiba ada seorang pak cik nie yang mengangkat tangan.Gua tengok dengan pakaiannya yang agak lusuh kemudian dia berjalan ke hadapan.Kemudian
dia meminta pihak mahkamah membenarkan jumlah minimum kesalahan diturunkan memandangkan dia tidak mempunyai wang yang cukup.Malangya, pihak mahkamah tidak mempedulikan permintaannya dan meminta
supaya pak cik tu mencari wang dalam tempoh dua minggu penangguhan perbicaraan tu.Gua rasa sangat kesian kat pak cik tu tapi gua tak mampu menolong sebab duit gua pon cukup-cukup je.


Perbicaraan duimulakan dengan memberi laluan untuk kes-kes jenayah terlebih dahulu.Dalam 15 minit macam tu,tibalah giliran pesalah trafik.Sampailah giliran gua, gua terus membuat pengakuan bersalah
atas kesalahan trafik dibacakan kepada gua.Dan waktu rayuan dibuka, gua telah meminta untuk dikurangkan denda dan mahkamah yang budiman lagi menepati masa telah memberi perhatian terhadap rayuan gua dan gua dikehendaki membayar hanya RM100 daripada jumlah RM300 yang sepatutnya.

Nak berterima kasih?..sorry..duit gua tetap dah melayang..
Bukannya gua mahu menegakkan benang basah..Tapi gua harap brader2 JPJ yang hensem berkaca mata,brdiri bawah pokok tu lebih rasional dan logikla bila mencari kesalahan..
gua rasa menahan pemandu yang tidak memakai tali pinggang kaledar di tengah-tengah jalan bandar ,pada purata kelajuan 30-40 km/jam tu adalah tak masuk akal untuk dikeluarkan saman..
Akibat  seandainya tidak memakai tali pinggang dan berlaku kemalangan pada kelajuan tersebut adalah sangat minimum..
memanglah memakai tali pinggang itu undang-undang,tapi  penguatkuasaan tu biarlah kena pada tempatnya..
gunakanlah logik pemikiran terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan..


Related Posts Plugin for WordPress, ...