Ads

Ads

Friday, October 11, 2013

We Know..but..


Dalam pelbagai watak manusia yang aku jumpa, satu ragam yang menarik perhatian aku ialah suka bercakap bohong.Dan apa yang aku maksudkan kat sini pembohong tegarla.Setakat tipu sunat sekali dua tu..biasalah.*biasa ke?*
Hmm..pembohong tegar  nie ada dekat mana-mana pon.Tak percaya?Tengokla sekeliling korang..pasti ada..kalau takde..korang la kot orangnya..haha

Berdasarkan pemerhatian aku, berbohong nie biasanya dilakukan atas tujuan untuk meraih perhatian.Senang kata untuk meng'up'kan diri.Jalan pintas.Yalah, sebabnye kalau nak tunggu cerita betul memang takda.Jadi, berbohong satu-satunya pilihan yang ada supaya dapat menaikkan diri.

Satu perkara yang aku perasanla.Sepandai mana pon seseorang tu kelentong,pasti diketahui ramai tentang wataknya suka berbohong tu.Cuma, sama ada si empunya diri sedar atau tidak.

Dan kadang-kadang geli hati jugakla bila tengok kaki2 kelentong nie mengelentong.Kadang-kadang,kebenaran seseuatu perkara tu telah pon kita ketahui lebih awal.Tapi,dengan yakinnya si kaki2 kelentong nie membuka mulut dan memutar-mutarkan cerita.

So what?

Aku faham kalau nak sound direct dekat si kaki2 kelentong nie mungkin akan memalukan dirinya.Tapi.itu tak bermaksud kita boleh terus menadah telinga je melayan bohongan2nya tu*bohongan?ada ke?*.Kalau si kaki kelentong tu member2 gak,aku rasa tak jadi masalah kot setakat nak slow talk tu.Sebab, yang kesiannya dekat dia jugakla.Yalah,orang yang menadah teliga tu biasanya tak cakap apa2 kalau tengah dikelentong.Tapi, dibelakang pasti akan dikutuknya.

P/s:Kalau takde gak sekeliling korang kaki kelentong..cer tengok YB korang..ok stop..no politics talks here.

Sunday, August 18, 2013

Raya Yang Tak Seindah Dulu

Hmmm..tak tahulah kenapa aku rasa  makin tahun makin tak meriah raya-terutamanya raya taun nie.Kalau rasa pun,mungkin waktu malam raya je kot.Hari-hari sebelum dan selepas tu-even pagi raya pun-dah tak rasa seronok macam dulu-dulu.Sebab tulah, bila aku tengok bebudak begitu teruja nak menyambut raya, aku rasa teringin sangat nak jadik budak balik.

Yalah, bila dah besar panjang nie cara menyambut raya pun dah berbeza dengan zaman kanak-kanak dulu.Kalau kecik-kecik dulu asal malam raya jeh, boleh terus berlari keliling rumah sambil bawak bunga api tanpa segan silu.Tak pun lempar mercun kat atuk yang  tengah membakar lemang.Tak pon mengacau Puan Emak yang sedang memasang langsir.
Bila pagi raya plak,belum subuh dah bangun.Sibuk nak mandi awal dan menunggu Encik Abah memberi duit sebagai ganjaran puasa penuh.

Tapi bila dah besar nie,dah tak boleh buat semua tuh.*bak kata mak aku,malu kt oghang aihh*.Bila malam raya, kenala tolong Puan Emak tak pun Encik Abah buat apa yang patut.Tapi bila aku tengok bebudak berlari dengan riangnyasambil bawak bunga api,sumpah aku rasa menyesal pulak jadik besar.Hmm..betullah life is short..goddamn short.

Monday, July 29, 2013

The Amazing Fingerstyle

I love to see his fingers dancing on the fret and how he makes the guitar sing for him.Salute!




Sunday, June 30, 2013

I'm ok

You mad at me,
I'm ok.

You  ignore me,
I'm ok.


You did'nt text me,
I'm ok.

You did'nt answer my call,
I'm ok.

But when you need me,
I no longer there.

Monday, June 24, 2013

Moral of the Sem..

Akhirnya habis sudah suma paper.Berakhirlah sebuah kisah di Tahun 2.

Dalam semester nie,gua rasa gua dapat beberapa pengajaran yang amat berguna.

1-Study at a Last Minute is Awesome but..
-Dalam sem-sem lepas memang betul study last minute to amatlah awesome because most of the time it worked well.But at this time, it is ridiculous and fucking bullshit.Bila study dah makin susah,study last minute ternyata tak membawa makna sebab konfem akan blank waktu exam.

2-Never Trust the Hint
Hint may helps you to manage your study but be careful it may be just a trap.Biasalah kalau dh study last minute macam gua cakap tadi, nak tak nak kena refer jugak hint yang ada baik dari sumber yang boleh dipercayai ataupun dukun yang tak bertauliah pasal kesuntukan masa untuk cover semua topik.Tapi disebabkan ketaksuban maksimum terhadap hint yang ada telah membuatkan gua terperangkap dalam jerat sendiri..ehh..macam lirik lagu la pulak.

3-Sleep on time
Tidur lambat.Hah..nilah satu penyakit yang gua masih tak selesai sampai hari nie.Bukan gua je,tapi gua rasa nilah penyakit paling common bagi pelajar-pelajar IPT macam aku ni.Kelambatan ketiduran..kelewatan ketiduran..ketiduran lambat.ahh..apa2lah..telah menjadi punca gua banyak skip kelas sem nie.

Ok cukup 3 faktor.Tapi gua rasa banyak lagi.Apa-apa pun kesannya, gua kena tunggu la result keluar dulu.

P/S:Sebarang penurunan pointer diharap tidak membawa kepada pemotongan wang saku bulanan oleh Puan Emak dan Encik Abah..hehe

Thursday, June 13, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

yE LetTeW..
MaNew aDew...
yE keW..

Hmm..benda nie bukan la baru kalau aku nak cerita pon.Siap jadi trend lagi sekarang ni.
 Cuma aku tengok gejala ini semakin menular dalam kalangan masayarakat sehingga mencetuskan kekeliruan identiti dan..eh..masih dasat rupanya aku berbahasa .Haha..Tak rugi cikgu Rose yang meja guru dia belah belakang komputer tepi  mesin fotostat-ada pasu bunga warna biru atas dia- tu mengajar aku waktu Form 5 dulu.

*baca balik*Apehal macam x kena je intro aku nie?Huh..lantaklah..

Ok back to our topic.
Hmm..sebenarnya aku teramatlah annoying dengan penggunaan bahasa yang bajet manja nie .
*err..sayang..kalau sayang yang guna takpe..I tak kisah..tulis Tamil terbalik pon takpe..sayang dikecualikan*
Aku pon tak tau sapa pencetus method nie.Dahlah short form, lagi ditambah "w" kat ujung.
Apa ke gila.Dah tu ngan huruf kecik beso kecik beso.

Kadang-kadang tu siap memelatkan ejaan.Dari "Kita" jadi "titew"..."tido" jadi "tidew"..huh..sumpah langsung tak cute.
Paling tak kena aku tengok ada yang  update status kt facebook pakai bahasa macam nie tapi tetiba ada perkataan "f*ck"lah,"bi*ch"lah .Heishh..kalau nak memaki hamun pon*note:memaki hamun dalam facebook amatlah tak cool* dalam facebook tu, maki je lah,tak payah nak menampakkan kemanjaan dengan menambah "w" kt dalam kat ayat tu.
Nasib "fu*k you" tak jadi "fu*kyeww".Tak pun "babi" jadi "babew" ke. 


P/s: Err..Kenape ye tajuk aku..macam takde kaitan je......


Wednesday, June 12, 2013

Coretan Di Pagi Buta

Salam...

Entah tak tau kenapa susah pulak aku nak tido malam nie.Nasib baiklah aku hidup zaman millenium, boleh gak online 'explore' dunia pepagi buta macam nie.

Tadi dalam aku dok bukak youtube melayan lagu-lagu jiwa (cehh!!),tetiba entah macam mana ada keluar kat video recommendation. "Bobo Parody-Sayang".Hmm..sebenarnya aku dah pernah nengok video mamat ni sebelum nie kt facebook tapi belum sempat seminit terus aku tutup.Tapi tadi sengaja aku tngok balik-full version punya.Aku pun usyar-usyarlah comment kat situ.Dari yang menyokong sampai ke memaki hamun , macam-macam jenis komen aku baca.Lantas tergeraklah hati aku untuk mengomen sekali.Tapi dekat sinila.

The very first thing yang terlintas dalam fikiran aku waktu tengok video tuh,"Eh, b*bi apa neh".Haha..aku tau korang pon mempuyai perasaan sama.So tak payah buat muka pelik.Jadi untuk mengomen video nie, aku tengok dari dua sudut.Biasaklah..baru fair n square..

Ok kalau dari sudut anarchist aku, si Bobo ni aku rasa mungkin ada masa terluang yang terlalu banyak sehingga tak tau nak buat apa lantas mengupload video yang bodoh lagi bangang.
Ape ke jadahnya la aku pon tak tau miming lagu sambil menari-nari dengan gaya yang tah apa-apa depan kamera.
Seriously, fucking idiot bro.Shame on you!

Dari sudut profesionalnya pulak, video tu sebenarnya tak adalah apa pon.Sekadar mencari populariti.Yalah,populariti tu kan boleh datang banyak cara.
Dan  zaman teknologi nie, dah tentulah internet menjadi medium yang paling mudah untuk meraih populariti termasuklah dengan mengupload video kat  youtube tuh.
Ada yang suara sedap,nyanyi pastu upload kat youtube..popular..ade yang handal main gitar,upload kat youtube..popular gak..ade yang boleh berdondang sayang..upload kat..ehh..ada ke?.Haa macam tulah lebih kurang.
Cuma cara Si Bobo mencari populariti nie agak unik dan rare .Dan disebabkan ke'rare'ran *ke'rare'ran??* tu lah, view dia dah cecah ratusan ribu sekarang nie.Sapa yang tengok?Korang gak kan.So popular la dia.

Tapi, satu benda lu kena ingat la bro.Populariti tu popuariti gak.Tapi tak perlulah sampai memalukan diri.It's not worth at all pasal itu diri mau pakai lama lagi brader!!

Ok..Cukup melalut..mata aku dah ngantuk..nak tido.











Related Posts Plugin for WordPress, ...