Ads

Ads

Friday, March 10, 2023

Kisah Aku Sang Suami..

 10th Februari 2023

Duhai diari,

Hari ni aku dimaki seteruk-seteruknya oleh seorang yang aku sepatutnya paling dapatkan sokongan harapan.

Diherdik degan panggil "lelaki mandul " "sial" dan berbagai kata yang aku boleh menitiskan air mata tatkala aku menaip diari ini.

Di atas kekurangan tertentu aku itu aku mengharapkan sokongan teman hidupku sendiri, isteriku.

Sungguh aku tak menyangka mendapatkan herdikan dari isteri ku sendiri.

Duhai diari,

Aku tersangatlah sedih, tetapi tidak kepada sesiapa dapat aku luahkan.

Kerana kekawangan kewangan , aku masih menyewa dan tidak mampu membeli rumah sendiri.Aku diperlekehkan sebagai "tak berharta" dan berbagai gelaran.

Duhai diari, 

Aku sangatlah sedih, aku tak tahu kepada siapa hendak aku luahkan.



Saturday, March 10, 2018

Kahwin itu kiranya gi mana?*baca slank indon*

Aku sering tertanya-tanya satu perkara bila terlintas mengenai perkahwinan ni.

Analoginya begini...

Dulu-dulu,waktu aku pakai handset buta colour(nokia 3310 tu la),aku sangat teruja membayangkan betapa seronok dan nikmatnya andai aku mempunyai sebuah smartfon.Sampailah masa aku mampu smartphone sendiri.Sungguh mengujakan sekali.
Hari pertama, minngu pertama, aku rasa sangat gembira dengan telefon baru tu.
Lama-kelamaan keterujaan tu pon hilang.Adanya handphone di dalam poket tu tidak lebih dari sekadar rutin manusia biasa di zaman moden ni.

Jadi, persoalannya..Adakahj perkahwinan juga begitu?

Keterujaan..bahagia..adakah itu semua hanya mekar di awal bulan atau tahun pertama perkahwinan?
Selepas tempoh itu, apakah perkahwinan itu juga akan jadi seperti handphone tadi?Sekadar rutin kerana ianya ada atau macam mana?

Ahh peninglah kepala aku..zzzzzzzzzzzzzzzzz.

Update: Dah kahwin dan I will update how it be in the marriage.

Sejenak...

Dulu, waktu zaman study aku selalu terbayangkan betapa mudahnya hidup andai mmpunyai gaji 2 3 ribu sebulan.Yelah waktu tu aku hanya bergantung krpada duit PTPTN untuk survive perbelanjaan harian.

Tapi, setelah aku mempunyai kerja dan bergaji, entah mengapa  gaji RM3000 tu macam tak cukup.
Sering aku mengeluh dan merungut.
Salahnya?
Aku sendiri.
Seiring dengan peningkatan pendapatan, kehendak aku pon meningkat. Sehinggalah aku merenung sejenak ke bawah sana , masih ramai yang yang terpaksa bekerja siang dan malam tapi masih terpaksa mengikat perut.
Sedangkan aku pulak berkira-kira dan merungut sebab tak mampu beli kereta baru dan pegi travel.
Entahlah.
Syukur..itulah yang aku jarang hayati maknanya walau kerap mendengarnya.
 

Tuesday, October 31, 2017

Hidup single tu..

Da lama aku tak mengemas kini blog ni.Sibuk tu satu hal , lagi satu macam takde benda happening sangat yang jadi untuk aku luahkan kat sini.

Cuma kali ni aku nak share feeling sebagai jejaka single..
First of all, memang betul kata-kata "money can't buy happiness".
Hidup sebagai single ni akan menimbulkan kesunyian tatkala balik kerja dan duduk sensorang kt rumah.Untuk aku menghilangkan kesunyian, aku biasanya akan spend time macam ytengok wayang  atau lepak dengan member-member.Tapi kesunyian tu akan hilang sementara dan datang kembali bile balik rumah.Hard to tell but there's empty feeling inside.

Secondly, waktu stress tak dapat nak luahkan kat sape-sape.Nie satu kekurangan la sebagai single man.Kadang-kadang kita rasa memerlukan seseorang untuk mendengar dan meredakan tekanan.Being single means kena keep and deal sendiri dengan diri.
Kawan-kawan?Memang bole jugak nak luahkan tapi ade certain situasi yang lebih selesa andainya diluahkan dari hati ke hati sebagai pasangan.
At the end, how am I as single man deal with stress?Easy,smoke slow and deep.

Last sekali, as time passes by, banyak orang sekeliling kita membawa diri dengan kehidupan masing-masing apabila mereka berkahwin.
Tinggallah aku meneruskan bahtera hidup sendirian..

Monday, July 31, 2017

Aku telah merasa
Peritnya sebuah kecewa
Tak mampu terluah oleh kata
Terguris hati tertinggal luka.

Satu hari andai awak merasa yang sama
Usahlah bertanya mengapa
Tolehlah sejenak
Di sana tersimpan jawapan.

Sunday, April 9, 2017

Aku tak tau kenpa tapi semenjak akhir-akhir ni aku rasa hidup ni sangat2 meaningless.
Aku rasa macam hari-hari yang aku lalui hanya kerana untuk melengkapkan rutin hidup aku seharian.
Tiap hari pergi kerja sebab, balik,tidur..ulang benda sama untuk  hari berikutnya.
Entah kenapa aku rasa aku takde hati untuk rutin-rutin aku tu.Aku lakukan hanya sebab mengikut kitaran rutin.

Susah nak gambarkn tapi aku rasa sangat meaningless rutin-rutin aku tu..
Now I'm about to cry..I don't know why..

Monday, February 27, 2017

Thus is life..

Kala jari jemari aku menaip ini,
Nun jauh di penjuri hati,
Terbit rasa sunyi,
Lagu, guitar dan teman-teman,
Hanyalah reda yang seketika,
Apabila kembali menyendiri,
Sunyi tebit kembali.

Monday, February 20, 2017

20/2/2017-10.57 p.m.

Sangat-sangat kecik hati hari ni.
Sokongan dan dorongan yang diharapkan dari orang yang paling dekat, tetapi sebaliknya...entahlah..
Aku sangat kecewa dengan sikap tertentu dengan orang tertentu.
Kekecewaann yang aku pendam hanya dapat diluhkan kat sini...


Saturday, February 18, 2017

Sebenarnya..

Semakin jauh raga melangkah, semakin hati kita mendekat...

Friday, January 27, 2017

....

Broken inside....
I'm just so sad that I can tell nobody :'(

Monday, January 23, 2017

Rindu..

Kepada entah siapa..
Aku rindu... :(

Saturday, January 14, 2017

Tak Terlihat

Biarlah cinta itu tak terlihat
Tak diketahui
Biarlah hanya aku yang tahu ianya ada
Sampai satu hari nanti
Luputlah ia sendiri
Kerana aku telah cukup menyayangi.

Sunday, January 8, 2017

Episod 2-Azam

Cinta

Tahun 2016 bukanlah tahun yang indah untuk percintaan.
Mengecewakan.Melukakan.Menyedihkan.
Cerita cinta yang entah ke mana.
I ended the year with title "single".But, it;s okay for me.
Lesson learnt. :_(

Azam 2017

2017 nie aku ingin meletakkan career sebagai top priority.Nak belajar sebanyak mungkin selok belok pekerjaan.So by mid-year, I can switch to other comapany(sorry bos..hehe).Untuk kekal dekat company sekarang ni, macam memenatkan.Kerja overloaded and takde masa untuk diri sendiri.
That's all my resolution.
This year, I wish to spread more love to people around the circle.Hopefully, it would bring happiness that I'm looking for.


Monday, December 26, 2016

Tahun Lama Tahun Baru..Episod 1

Review 2015/16..

Banyak sangat kenangan 2016 ni.Yang pasti kalau pasal diriku, banyak berkisar transformasi diri la(ececeh).So, aku nk review dari sudut kerja,cinta dan kehidupan.

Kerja

Sebaik habis konvokesyen dalam bulan November 2015, aku mulakan langkah mencari kerja.Aku apply job2 yang ade dkt laman-laman web pekerjaan.Sampai dua bulan still takde kerja.Dan aku decide waktu tu untuk enhance skill teknikal aku.Aku pon amekla satu upskill course yang sponsered punye.Tempoh training dua bulan.Dari Disember 2015 sampaila Februari 2016.Tempoh yang singkat tapi cukup untuk aku peroleh banyak pengetahuan teknikal dan juga mengajar erti persahabatan.

Sebaik habis kursus, aku kembali mencuba memohon pekerjaan di laman-laman web dan jugak career2 fair.Dan lepas tiga bulan aku habis trainig, aku masih terkial-kial untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebenarnya bila kita mempunyai degree dan kita masih belum dapat kerja, semua orang tiba-tiba akan menjadi sangat concern.Sampai satu tahap tu, aku terpikir nak pakai printed t-shirt tulis "I'm jobless..Don't ask anymore".

Dan sejujurnya detik-detik belum mendapatkan kerja,deep inside, aku sangat sedih tapi aku tak ceritakan kepada sesiapa..Kene tahan telinga tebalkan muka setiap kali orang tanya pasal kerjaAda masa orang sindir perli.Terguris jugak hati dalam senyuman.Dan masa-masa yang aku perlukan moral support, aku tak mendapatkannya dari orang-orang yang sepatutnya.Tapi, aku tak berputus asa.Aku apply job every single day.Ke mana je aku dengar ade job fair, aku pergi walau berseorangan terpaksa merentas negeri dengan duit poket yang cukup-cukup untuk pergi balik je.Sebab aku yakin, selagi kita berusaha, selagi kita tidak berputus asa, Tuhan akan lorongkan jalan-jalan yang kita tak sangka.

Alhamdulillah.Allah is great.Pada ketika aku sangat berharap.Dia memakbulkan doa aku.Doa seorang pendosa yang sering lalai melaksanakan perintah suruhan dan larangan-Nya.Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Sekitar May 2016 aku ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat swasta dalam sektor industri.

End of Episode 1..To be continued...


Monday, December 5, 2016

2/12/2016-10.37 pm.

Sedapnye bau dari rumah jiran sebelah.Diorang masak ape ye?
Dah la tengah lapar nie..haishh..kalau la pandai memasak..bole jugak habiskan gas kat dapur yg da dua tahun tak pernah bertukar tu..

Sunday, November 27, 2016

27/11/2016..5.38 p.m

Today,I'm feeling so sad that I don't know to who should I share with.
How could the person that I think could help me out at my hardest situation throw such hurting words to me? :(

Saturday, November 26, 2016

27/11/2016-4.18 a.m.

Taman hati yang indah berseri itu,

Tidak tercapai bak langit nan biru,

Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,

Adakah akan dianggap penceroboh...?

Jika kehadiranku tidak disenangi,

Biarlah ku layu terbiar menyepi,

Mungkin waktunya ku undur diri,

Tempatku bukan di sini..



Saturday, November 19, 2016

Kalau lah nasihat itu..

Seperkara yang aku belajar dari kehidupan ni, ke mana sahaja kita membawa diri, dengan sesiapa yang kita jumpa,kita selalu menerima nasihat-nasihat yang positif oleh orang-orang sekeliling kita.
Dan sebagai lelaki muslim, of course aku tiap-tiap minggu mendapat nasihat yang berunsurkan kegamaan dari khutbah Jumaat setiap minggu.

Tapi, bila aku kenangkan balik, aku tak ingat berapa kerat sangat nasihat yang aku dengar,terima dan pakai.Dengar dan terima itu selalu, tapi untuk "betul-betul memakai" nasihat tersebut aku rasa amat jarang aku dan kita semua lakukan.Dan itulah sebabnya kita(especially aku) susah untuk berubah menjadi lebih baik.

Contohnya begini..

Solat Jumaat dalam setahun ada lebih kurang 50 kali.Maksudnya, sepanjang tahun setiap minggu kita mendengar nasihat-nasihat yang baik dari khutbah-khutbah.
Andai kita ambil satu sahaja dari 50 khutbah-khutbah tersebut untuk kita terus mengguna pakai dan amalkan, pasti kita menjadi insan yang lebih dari sebelum mendengar khutbah tu.
Tapi masalahnya, berapa banyak nasihat yang kita dengar kebanyakannya hanya sekadar mendengar.Tidak dalam hati kita untuk ,"Nasihat ini baik.Dari hari ni, aku mesti buat ikut nasihat ini".

Apa yang aku cakapkan ni pon refleksi diri aku jugakla.Contoh yang aku bagi pon tak termasuk nasihat-nasihat yang lain seperti dari ibu bapa atau suami/isteri.Kalau dicampur semua, sepatutnya kita semakin jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Macam pesanan ibu bapa,"Jadilah anak yang baik".
Pesanan yang seringkas ini kalau betul kita selalu tetapkan di dalam hati, ingat, dan amalkan sememangnya kita akan menjadi anak yang baik.

Aku bagi contoh, untuk pesanan "Jadilah anak yang baik" dari ibu bapa.
Kita tetapkan dalam hati,aku mahu ikut,selalu ingat dan amalkan nasihat ini.
Bila duduk berjauhan dengan ibu bapa, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati untuk amalkan nasihat yang ringkas ini, kita akan selau bertanya khabar kepada ibu bapa kerana pesannya supaya menjadi anak yang baik.
Apabila kita mahu melakukan sesuatu yang kurang elok, disebabkan kita ingat dan tetapkan dalam hati mahu mengamalkan nasihat yang ringkas ini, kita tak jadikan lakukan kerana pesannya ibu bapa supaya menjadi anak yang baik.
Hasilnya nanti, kita menjadi anak yang baik disebabkan satu nasihat yang ringkas tetapi diikuti dan diamalkan sebagai rujukan.

Tapi, lumrah kita, kita suka mendengar nasihat, tetapi berapa nasihat yang betul-betul kita mahu ambil dan tetapkan dalam hati,"This advice is very good.I will remember and really really really practise it afterwards".




Saturday, November 12, 2016

13th Nov.-11.13 a.m.

One day,
When you old enough to know what life is all about,
You know much of your life is guided by your decision in the past.

Friday, September 16, 2016

17 September 2016-11.37 a.m.

Keseorangan di McD.

Entah kenapa aku merasakan sesuatu kekosongan jauh di sudut hati.
Juga penyesalan terhadap diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, ...